![]() |
Ini wajah puteri solehah Mama yang bakal memimpin Mama ke Jannah |
Wasiat As-Syahid Dr Abdullah Azzam kepada kaum muslimat :
Wahai kaum muslimat…
Jauhilah
kemewahan kerana ia musuh kepada jihad
Ia
juga pembinasa diri manusia
Oleh
itu, janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan
Cukuplah
sekadar keperluan sahaja.
Didiklah
dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan
dan
kejantanan serta kepahlawanan dan jihad
jadikan
rumah-rumah kalian sebagai kandang-kandang singa
dan
bukannya reban ayam yang menunggu gemuk
untuk
disembelih oleh taghut
Tanamkan
ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad
Keinginan
kepada medan perang
Dan
lapangan yang penuh dengan keributan perang
Hiduplah
kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam
Cubalah
sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu sekuarng-kurangnya
Hidup
bagaikan mujahidin
Dengan
hanya memakan roti kering tanpa lauk
Dan
meminum secawan teh tanpa gula
Mama nak, anak Mama Amina Ann Hui Fen hayati pesanan ini. Mama berjanji, Mama akan didik Amina untuk menjadi seorang mujahidah. Mama tak akan biasakan Amina dengan kehidupan yang mewah dan selesa. Sebabnya, mewah dan selesa selalu menjadikan seseorang itu malas dan manja. Jadi, Amina jangan marah dan salahkan Mama kalau kehidupan Amina tak macam kanak-kanak lain. Kerana Amina anak Mama, orientasi Amina akan diarahkan ke akhirat. Dunia ni cuma persinggahan kita yang sementara. Akhirat yang kekal itulah matlamat sebenar kita.
Anak Mama akan dididik menjadi pejuang, tidak kira dalam lapangan apa. Kalau pedang dan senjata sudah tidak releven lagi pada zaman ini, anak Mama akan berjuang melalui pena, melalui kata-kata, melalui harta atau apa saja sarana yang sesuai dengan peredaran zaman kini.
Yang penting, anak Mama mesti menjadi "seekor singa" yang gagah menerkam musuh Islam, bukannya ayam daging yang gemuk yang cuma menunggu masa untuk disembelih musuh.
No comments:
Post a Comment