Monday, March 31, 2014

Amina Dah Kenal Warna

Dalam usia 1 tahun 10 bulan, Amina mula mengenal warna.

Antara warna yang Amina dah kenal ialah yellow, pink dan blue.
Contengan Amina dahulu

Amina juga seorang budak yang rajin membaca dan menulis. Hasil kerja Amina dah semakin baik. Kalau dulu Amina cuma pandai menconteng, sekarang contengan Amina sudah berbentuk. Amina akan cakap apa yang Amina tulis. Kadang- kadang Amina lukis Upin Ipin, Mama dan sebagainya.








Contengan Amina sekarang.

Satu lagi perkembangan, Amina dah dapat sebut aeroplane dengan agak betul. sebutannya bukan lagi 'Ayah Pin', tetapi 'aeyo pin'.
Pandai anak Mama!

Mama ai Amina!

Tuesday, March 11, 2014

Amina dan "Ayah Pin" Yang Hilang

Sebelum tidur tadi, entah kenapa Amina berkali- kali sebut tentang "Ayah Pin". Amina minta Mama buka TV untuk tengok "Ayah Pin".

Kalau Jaddah dengar Amina minta nak tengok "Ayah Pin" atau sebutan lama Amina "Ipin", dia akan kata : "Mana ada Ipin sekarang."

Jaddah ingat Amina minta nak tengok Upin & Ipin. 

Sebenarnya, yang Amina maksudkan dengan "Ayah Pin" ialah aeroplane!

Walaupun masih kecil, Amina prihatin dengan tragedi kehilangan MH370 yang berlaku pada 8 Mac 2014. 

Mama selalu menunggu berita terkini tentang kehilangan pesawat itu di kaca TV. Mama beritahu Amina, "Tengok, ada aeroplane hilang. Kesian aeroplane!"

Amina memang mudah ingat apa yang diberitahu. Sejak hari itu, apabila tengok gambar kapal terbang, Amina sentiasa kata "kesian aeroplane".

Amina memang minat kapal terbang sejak kecil. Di halaman rumah di Nilai, Amina dapat tengok kapal terbang yang sedang terbang dengan agak jelas sebab rumah terletak berdekatan dengan lapangan terbang. Amina pelat. Jadi, sebutan aeroplane bertukar menjadi "Ipin". Akhir- akhir ini, jadi "Ayah Pin" pula.

Apapun, doa kami untuk para penumpang pesawat MH370. Kami berkongsi kesedihan dan debaran saudara- mara & sahabat handai 239 insan yang menaiki pesawat tersebut.

Ya Allah, rungkaikanlah misteri kehilangan MH370. Jangan biarkan kami, hamba-Mu yang lemah ini terus menunggu dalam kebingungan.

Semoga Amina terus menjadi insan yang prihatin terhadap makhluk lain di dunia ini!

Mama ai Amina!

Monday, March 3, 2014

Adam 2 Bulan

Umur Adam dah genap 2 bulan!

Berat Adam sudah 5.7 kg. Meningkat 3 kg daripada berat semasa lahir. Panjang adam 58 cm dan ukur lilit kepala 38.5 cm.

Dalam usia 2 bulan, Adam dah pandai senyum apabila orang bercakap dengan Adam, sesekali bersuara "menjawab" kata- kata orang.

Semoga Adam terus membesar menjadi anak yang sihat, cergas dan cerdik!

Mama ai Adam!


Sunday, March 2, 2014

Amina dan Kecerdasan Interpersonal



Amina ialah anak yang mempunyai kecerdasan interpersonal.

Semalam, Mama bawa Amina ke kedai barangan bayi, Manjaku di Kota Bharu. Kebetulan ada promosi susu S26. Jadi, ada maskot susu tersebut iaitu seekor "singa" yang besar.

Kebanyakan kanak- kanak atau bayi lain takut dengan maskot tersebut. Berbeza dengan Amina, siap menari lagi dengan "singa" tu.

Telatah Amina jadi tumpuan pekerja dan pelanggan Manjaku. Mereka kerumun Amina dan tergelak tengok Amina bersalam, lambai dan menari dengan "singa" dan badut yang ada.

Amina...Amina...

Mama sayang Amina!


Saturday, March 1, 2014

Adam Ann Wei Sheng

Mama belum sempat bercerita tentang nama Adam sebelum ini.

Macam kak Amina juga, pendaftaran kelahiran Adam bermasalah hanya kerana nama Adam dan nama bapa Adam "lari" daripada kebiasaan orang Islam di Malaysia.

Birokrasi semakin rumit. Mama terpaksa tunggu Daddy balik dari KL untuk daftarkan kelahiran Adam. Tempoh 14 hari yang diberi telah tamat. Jadi, pendaftaran Adam yang lewat telah dikenakan denda RM5.

Adam hanya rasmi menjadi warganegara Malaysia pada 22 Januari 2014.

Nama Adam diambil sempena nama seorang nabi yang juga manusia pertama yang Allah ciptakan di dunia ini. Mama dah lama berminat dengan nama ini. Mama berniat, Mama nak namakan insan lelaki pertama yang Mama lahirkan dengan nama Adam. Lagipun, Mama suka nama ini sebab nama Adam bersifat sejagat. Boleh diterima di Timur dan di Barat.

Ann ialah nama keluarga Daddy yang bermaksud "kesejahteraan". Wei Sheng pula bermakna "kehebatan telah dilahirkan".

Mama berharap, anak Mama akan menjadi seorang soleh yang hebat di dunia dan di akhirat!

Mama ai Adam Ann Wei Sheng.

Tentang Adam

27 Februari 2014 - Adam tak tidur sepanjang hari. Penatnya Mama asyik menyusukan dan memangku Adam. Adam duduk diam sekejap- sekejap. Lepas tu, Adam asyik nak menyusu dan minta diangkat.

Yang bagusnya, malam itu Adam tidur awal. Lebih kurang jam 9 lebih. Lebih bagus, Amina juga tidur lebih kurang waktu itu. Alhamdulillah! Mama yang memang kepenatan pun ambil peluang tidur lebih kurang jam 10.

Mama cuma dikejutkan oleh tangisan Adam pada jam 2.15 pagi.

Mama rasa puas tidur malam itu. Apabila dikira- kira, Adam tidur lebih empat jam. Mama pula dapat tidur lena selama lebih kurang empat jam juga.

Tiba- tiba Mama perasan, ini satu rekod baharu yang Adam cipta. SEJAK ADAM DILAHIRKAN, INILAH KALI PERTAMA MAMA DAPAT TIDUR SELAMA EMPAT JAM! 

Sebelum ini, Adam akan terjaga lebih kurang dua jam sekali apabila tidur, siang atau malam. Pernah juga Adam tidur 3 jam (itupun Mama dah seronok sangat). Banyak kali juga Adam tidur sejam saja.

Mama memang penat, kadang- kala tertekan. Tetapi, Mama yakinkan diri sendiri, apa salahnya Mama berkorban dan bersusah payah untuk seorang pejuang Islam, seorang yang akan jadi pemimpin besar, mujahid dan mujaddid untuk umat ini.

Mama tahu, suatu hari nanti, Mama akan berbangga kerana pernah melahirkan dan menyusukan Adam Ann Wei Sheng!   

Mama sayang Adam!