Monday, April 21, 2014

Adam Mula Bercakap Banyak

Sejak umur 2 bulan, Adam dah pandai menegur orang.

Tapi, pada 17 April 2014, Adam mula bercakap banyak dan kuat untuk kali pertama.

Adam bercakap dengan Jaddah.

Adam cukup suka apabila dibacakan ayat- ayat al-Quran, nyanyian A, Ba, Ta dan sebagainya.

Adam akan mengikut bacaan orang.

Adam dah semakin pandai. Tapi, Mama rasa Adam pendiam sikit dibandingkan dengan kakak yang memang talkative. Masa sebaya Adam, kakak dah bercakap banyak juga.

Apapun, Mama sayang Adam!

Monday, April 14, 2014

Adam Meniarap

13 April 2014 - Adam meniarap untuk kali pertama.

Usia Adam baru 3 1/2 bulan. Kira agal awal bagi seorang bayi untuk meniarap.

Adam mengamuk hampir sepanjang hari sebelum itu. Lenguh tangan Mama dukung Adam.

Dalam usia 3 bulan juga, Adam dah pandai goyang- goyangkan badan ke kiri dan kanan apabila dipegang berdiri. Adam suka dancing macam tu.


Wednesday, April 9, 2014

Adam 3 Bulan



Adam dah berusia 3 bulan.

Berat Adam dah 7 kg. Mama bawa Adam untuk dapatkan imunisasi di klinik swasta sebab malas dan tiada masa untuk menunggu di klinik kerajaan. 

Kosnya RM150!

Tak apalah, apa saja untuk anak Mama.

Sekarang Adam selalu tidur daripada pukul 7 malam sehingga pukul 1 atau 2 pagi. Selepas bangun minum susu, Adam tidur lagi sehingga pukul 5 atau 6 pagi. Ada jga Adam bangun jam 4 pagi.

Jadi, pada waktu malam Mama lega sikit sebab hanya perlu layan kerenah Amina seorang sahaja. 

Masalahnya, Adam agak banyak menangis waktu siang. Adam nak selalu didukung. Terutamanya semasa Mama ke sekolah. Kasihan Mak Yah yang jaga Adam.

Semoga Allah terus permudahkan urusan untuk menjaga dan membasarkan Adam menjadi insan terbaik!

Mama ai Adam Ann Wei Sheng!

Saturday, April 5, 2014

Amina Mula Membaca Al-Quran

Amina dah mula belajar membaca surah al-Ikhlas.

Walaupun Amina belum dapat sebut dengan betul, tapi Amina dah boleh membacanya dengan cara sendiri. Amina paling suka sebut perkataan "Ahad", "Somad", "Yuulad" yang akhir- akhir tu sebab suka sebut bunyi Qalqalahnya.

Amina juga sangat suka baca al-Quran dengan Mama dan Jaddah. Selalunya, Amina baca al-Quran  lepas solat Maghrib.

Mama saaayang Amina!

Amina Pandai Mengeja

Semasa Amina berusia 1 tahun 10 bulan, Mama mula mengajar Amina mengeja.

Mama mulakan dengan perkataan mudah. Amina, Adam, Mama, Daddy, Jaddah dan lain- lain.

Amina belajar secara santai sambil menyanyi.

Mama akan eja : 'A'- a, 'mi'- mi, 'na'- na

Amina akan bunyikan : Amina

Amina sangat suka aktiviti itu.

Semalam, Mama eja : 'A'- a, 'mi'- mi, ...

Amina sambung : 'na' - na, Amina!

Waaah, anak Mama dah pandai mengeja!

Mama cuba lagi : 'A'- a,....

Amina sambung : 'dam'- dam, Adam.

Mama cuba sekali lagi : 'Ma'- ....

Amina jawab : Ma, 'Ma'- ma, Mama.

Ya Allah, dalam usia 1 tahun 11 bulan, Amina dah boleh mengeja sikit- sikit walaupun cuma hafalan! Alhamdulillah!

Mama sayang Amina!