Sunday, June 22, 2014

Membesarkan Bayi Jadi Anak Pintar


Dah lama  Mama nak kongsikan maklumat tentang buku- buku berkaitan perkembangan kanak- kanak dan kehamilan yang pernah Mama baca. 

Masa selalu tak mengizinkan!

Akhirnya, Mama berkesempatan juga buat perkongsian ini. 
Semoga anak- anak Mama tahu betapa seriusnya usaha Mama untuk menjadi seorang ibu yang berilmu!
Mama nak anak- anak Mama dibesarkan dengan baik dan menjadi manusia hebat yang menyumbang kepada pembangunan ummah dan manusia secara keseluruhannya.

Sebaik sahaja Mama tahu yang Mama hamil, inilah buku pertama yang Mama baca.

Buku ini menyentuh tentang pemakanan yang baik dan penjagaan kesihatan bayi secara keseluruhannya. Sebenarnya, untuk melahirkan anak pintar bukanlah dengan menggunakan cara- cara yang pelik dan bombastik, sebaliknya dengan cara menjaga pemakanan dan kesihatan sejak anak berada di dalam kandungan lagi. Selain daripada itu, penulis juga menyelitkan beberapa aktiviti yang boleh meningkatkan daya ingatan anak- anak.

Mama tertarik untuk berkongsi pandangan penulis tentang aktiviti bermain, menurut penulis, kegiatan bermain bagi kanak- kanak akan mencipta berjuta- juta "interkoneksi" sel otak. Anak yang kurang bermain, perkembangan otaknya menjadi kurang.
  
Sedikit petikan daripada buku tentang kepentingan pemakanan ibu dan bayi :

Kesempatan menambah pintar otak anak tidak datang dua kali. Sejak masih di kandungan ibu, agar tumbuh penuh, otak anak membutuhkan makanan sehat. Khususnya pada dua tahun pertama "masa tahun emas" anak, menu yang ibu beri menentukan nasib otak anak. Bila gagal terpenuhi pada masa itu, tak tersedia lagi waktu mengoreksinya di kemudian hari. Dan, makanan sehat di meja makan rumah tidak harus berharga tinggi.

Menurut penulis juga :

Tak ada kesempatan kedua menciptakan anak pintar. Sekali lancung tak mungkin bisa diperbaiki. Padahal, membesarkan anak menjadi unggul tak perlu ongkos berbiaya tinggi, atau teknik rumit untuk mulai melakukannya.


Penulis juga telah menyenaraikan antara perkara yang terjadi sewaktu proses persalinan, yang boleh mengurangkan kecerdasan bayi. Antaranya ialah apabila bayi tertahan lama di jalan lahir. Dalam keadaan itu, sel otak akan kekurangan asid pada waktu yang lama yang menyebabkan sebahagiannya rosak dan mati. Bayi yang lahir secara vacuum juga berisiko untuk menjadi kurang pintar.

Fakta inilah yang mendorong Mama berusaha sedaya upaya untuk cepat- cepat keluarkan Amina dan Adam semasa proses kelahiran kalian! 


Buku ini membincangkan lebih seratus tip sederhana yang perlu atau tidak boleh dilakukan supaya anak boleh menjadi seorang pintar suatu hari nanti.

Sedikit mengenai penulis :
Dr Handrawan Nadesul merupakan seorang doktor dan penulis yang prolifik. Beliau menjadi kolumnis dalam banyak majalah di Indonesia, juga giat memberikan ceramah serta menjadi jemputan dalam rancangan radio dan televisyen. Buku ini merupakan buku beliau yang ke-71.  



Monday, June 16, 2014

Kerenah Amina

Amina dah pandai sangat buat perangai sekarang.

Amina selalu mengamuk. Selalunya kerana perkara- perkara kecil macam Mama matikan kipas, sedangkan Amina yang nak matikan. Atau Mama tutup peti, sedangkan Amina ada dekat situ, jadi Amina yang mesti tutup.

Kerana perkara kecil macam tu, amukan Amina akan berpanjangan...

Amina juga suka buat perkara yang orang larang. Amina cukup suka usik adik. Kadang- kadang Amina pukul kepala adik. Tindakan Amina buat orang marah.

Mama cuba bersabar dengan Amina, tetapi Mama tak mampu sabar lama- lama. Kalau dipujuk, perangai Amina akan menjadi- jadi. Selalunya, untuk hentikan perangai atau amukan Amina, Amina perlu dicubit atau dimarah.

Mama selalu rasa bersalah sebab seringkali hilang sabar dengan Amina. Mama tahu Amina anak yang sangat cerdik dan kuat ingatan. Mama takut kalau selalu dimarah, potensi Amina untuk berkembang jadi terbantut. Tapi, kalau tak dimarah perangai Amina semakin menjadi.

Apabila Amina menangis dan mengamuk, adam tengok diam je dan tengok Amina. Apabila Mama marah, Adam terkejut dan renung Mama pula.

Adam pun jadi mangsa dalam kedaan ni.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk mendidik anak- anakku menjadi hamba-Mu yang bertaqwa, pintar dan dapat memberi sumbangan besar kepada umat Islam.

Mama sangat sayang Amina dan Adam.
Mama mahu jadi Mama yang terbaik untuk anak- anak Mama.

Saturday, June 14, 2014

Adam Yang Suka Buku


Dalam usia 5 bulan, Adam sudah mula tunjukkan minat yang besar terhadap buku, macam kakak juga. Hmm, Mama rasa minat ni Adam warisi secara genetik.

Sekiranya diletakkan permainan dan buku di hadapan Adam, Adam akan capai buku walaupun permainan itu sangat berwarna- warni.

Adam juga dah pandai nyatakan kemahuan Adam, kalau ada barang yang menarik minat Adam, Adam akan menerpa ke arah itu waktu sedang dipegang atau didukung.

Kalau Adam lihat Mama pakai tudung dan menuju ke pintu, Adam akan bising minta diangkat.

Adam juga memilih orang untuk dukung Adam.

Adam bergerak ke sana sini dengan bergolek- golek. Penat asyik nak kutip Adam.

Mama ai Adam!

Wednesday, June 11, 2014

Adam 5 Bulan

Semalam, Mama bawa Adam ke klinik untuk pemeriksaan rutin usia 5 bulan.

Berat Adam 8.3 kg. Panjang Adam pula 67.5 cm.

Sekumpulan doktor muda yang ada di situ dok geram tengok Adam. Semasa mereka panggil nama Adam, Mama terdengar seorang doktor berkata kepada  kawannya, "Yang inilah yang kita geram tengok dari tadi".

Apabila baju Adam dibuka semasa Adam hendak ditimbang, lagilah mereka geram tengok badan Adam yang putih dan bulat.

Adam cool je. Malah, semasa disuntik imunisasi, Adam tak menangis pun. Macam tak rasa apa- apa.

Mama pelik tengok sampai Mama tanya soalan bodoh kat jururawat tu, 

"Suntikan masa umur 5 bulan ni tak sakit ke?"

Jururawat   tu ketawa dan jawab, "Sama je sakit semuanya."

Mama tanya macam tu sebab ikut pengalaman, kakak Amina dulu pun tak menangis apabila disuntik masa umur 5 bulan. Mama ingatkan sebab dia dah besar dia tak menangis. Tapi, semasa umur 6 bulan dan seterusnya, dia menangis pulak.

Adam ni, tak tahulah macam mana...

Kalau lepas ini Adam menangis, mungkin Mama kena ubah soalan. Mama kena tanya, "Agaknya budak 5 bulan ni tak sakit ke masa kena suntik?"

Manalah tahu, kulit/ daging manusia ni kurang sensitifnya semasa usia 5 bulan.

Apapun, Mama sayang Adam!

Adam 5 bulan

Wednesday, June 4, 2014

Percutian Bersama Anak- anak Mama

Pada 30 Mei 2014, Mama bawa Adam ke Segamat Baru untuk berurut dengan Puan Ruminah.

Salah satu usaha Mama dengan harapan Adam jadi bayi yang lebih mudah diurus dan tak kuat sangat menangis.

Mama fikir, mungkin Adam sakit urat sebab kadang- kadang Adam menangis macam orang sakit.

Perjalanan ke Segamat jauh. Kita bertolak jam 7 pagi dan sampai di sana jam 11 pagi. Mujurlah Adam diam saja dan agak banyak tidur. Kakak pula agak sukar dikawal. Jaddah, Mak Su dan Mak Yah ikut sama dalam perjalanan ni.

Kembali lagi Mama ke Segamat selepas lebih setahun meninggalkan daerah ini. Mama berasa sangat rindu pada tempat ni. Tapi, sayangnya Mama tak boleh berlama- lama di Segamat dengan dua orang anak Mama ni.

Dalam perjalanan pulang, kita singgah di Melaka. Kita bermalam di Hotel D'Village. Ini kali pertama Adam bermalam di hotel. Malamnya kita berjalan- jalan di sekitar MITC Melaka.

Mama berasa seronok dapat bawa anak Mama jalan- jalan!

Di Mydin Ayer Keroh

2 permata hati Mama!

Berhampiran Taman Buaya Melaka

Pada waktu cuti sekolah ini juga, Amina seronok sebab dapat main kolam renang!


Mama sayang Amina dan Adam!