Sunday, January 25, 2015

Aktiviti Kreatif Bersama Anak-anak

Alhamdulillah, dalam sibuk, Allah rezekikan juga Mama sedikit masa untuk membuat aktiviti kreatif bersama anak- anak Mama.

Bagaimanapun, hanya Amina yang terlibat secara aktif dalam aktiviti ini. Adam masih kecil dan aktiviti kreatifnya hanya mewarna lidah (masukkan pensil warna dalam mulut).

Dalam usia 2 tahun 8 bulan, Amina sudah biasa melakar, mewarna, menampal menggunakan gam, dan yang terbaharu, menggunting.

17 Nov 2014
Ini merupakan kali pertama Amina belajar menggunakan gam. Sebenarnya, masa ini Mama sedang siapkan buku program untuk Hari anugerah Kecemerlangan sekolah. Amina sibuk nak buat sama. Mama pun gunting perca- perca kertas dan suruh Amina cantumkan untuk membentuk huruf. Amina sangat seronok dengan aktiviti ini.  
Ini hasilnya!
Hasil akhir selepas ditampal dan diwarna!


Adam pun minat mewarna!

Mama kumpul batang aiskrim untuk buat model rumah. Tapi belum cukup lagi.
Di tangan Adam, beginilah jadinya.....
Aktiviti kolaj bebas.

 Mama ai Amina dan Adam!

Untuk Anak Mama!

Amina dan Adam memang anak-anak yang rajin membantu Mama membersihkan rumah. Mama selalu kena berebut penyapu atau penyodok kalau Amina atau Adam ada berdekatan semasa Mama menggunakannya.

Ada masanya, Adam pergi bongkar kotak vacuum yang tersimpan di bilik belakang dan keluarkannya untuk main. 

Hari tu, Mama terbaca post seorang rakan FB tentang cleaner set yang dijual di Lazada, harganya RM99.

Melihat vacuum, penyapu dan set alatan pembersihan itu, Mama rasa teringin sangat nak belikannya untuk anak- anak Mama.

Tapi, bagi Mama, harganya mahal sangat!

Sejak hari itu,  Mama asyik terbayang- bayang dan berfikir tentang set pembersih tu.

Alhamdulillah, suatu hari, semasa di kedai D.I.Y yang terletak di Bangi, Mama terjumpa set tersebut yang dijual dengan harga yang agak murah, RM35.

Tanpa berfikir panjang, Mama belikan permainan itu untuk Adam dan Amina.

Mama rasa seronok sangat apabila dapat belikan permainan ini untuk anak- anak Mama.





Sayang Amina & Adam!

Friday, January 2, 2015

Ulang Tahun Pertama

Adam bersama kakak pada 2 Januari 2015

Hari ini, Adam Ann Wei Sheng genap usia setahun.

Dari semalam, Mama asyik teringatkan detik- detik kelahiran Adam pada 2 Januari 2014, bermula daripada saat Mama melihat setompok kecil darah sewaktu Mama ke tandas pada pagi 1 Januari 2014, sehinggalah Adam dilahirkan pada 2.41 pagi keesokannya.

Saat itu sangat mendebarkan dan menyakitkan, tetapi sangat manis untuk dikenang.

Hari ini, Mama sangat bahagia dapat melihat bayi yang menyakitkan perut Mama setahun dahulu sudah menjadi seorang manusia yang sihat, aktif, ceria dan sangat comel.

Ya Allah, jadikanlah anakku Adam Ann Wei  Sheng, seorang hamba-Mu yang soleh, yang dekat dengan-Mu, dan yang Engkau redhai. Rezekikanlah anak ini untuk membesar dengan sihat dan selamat, supaya dia menjadi seorang pejuang Islam, supaya dia dapat memberi sumbangan yang besar untuk membangunkan ummah ini.

Ya Allah, berikanlah Adam Ann Wei Sheng kebaikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Himpunkanlah kami di dalam syurga-Mu!

Mama sangat sayangkan Adam.