Sunday, February 23, 2014

Adam Senyum Pada Mama!

22 Februari 2014 - Dalam usia 52 hari, buat kali pertama Adam senyum, beri respon kepada Mama apabila Mama bercakap dengan Adam.

Mama seronok  tengok senyuman Adam. Nampaknya anak Mama dah mencapai satu perkembangan baharu. Adam bukan hanya tahu menyusu, tidur dan menangis, tetapi dah mula memberi tindak balas kepada orang lain di sekeliling Adam.

Semoga anak Mama terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang cerdik dan soleh!

Mama sayang Adam!

Saturday, February 8, 2014

Amina Semakin Pandai

Dua hari lepas, semasa Mama riba Amina, tiba- tiba Amina cakap :

"Mama mayah kalu putoy oyang."

Terjemahan :

"Mama marah kalau pukul orang."

Tergelak Mama dengar. Ya Allah, anak Mama dah pandai bina ayat dalam usia 1 tahun 9 bulan!

Sebelum itu, memang Mama ada cakap pada Amina, Mama sayang Amina, tapi Mama marah kalau Amina pukul orang.

Sebabnya, sekarang Amina dah ada perangai. Kadang- kadang Amina baling barang. Ada masanya, Amina pukul orang semasa bermain.

Amina juga jadi manja, suka menangis dan selalu nak didukung sejak kehadiran adik Adam. Mama tahu Amina buat semua tu sebab mahukan perhatian.

Mama cuba layan kerenah Amina sebaik mungkin. Tapi, kadang kala Mama hilang sabar juga.

Tapi, Amina selalu ingat apa yang Mama atau orang lain pesan, dan Amina akan ulang- ulang :

"Tak boyeh kacau Cik Anis."

"Jaddah punye. Jaddah mayah."

"Baby Adam crying. Sian baby Adam."

Amina memang anak yang cerdik! 

Mama sayang Amina! 

Adam Botak!

Semalam, sewaktu usia Adam 37 hari, Mama cukur rambut Adam untuk melaksanakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Mama cukur sendiri, jadi, taklah cantik sangat.

Mama simpan rambut Adam untuk ditimbang dan dikeluarkan sedekah dengan kadar yang sama dengan berat perak.


Tuesday, February 4, 2014

Adam 1 Bulan

Dalam sakit- sakit, anak Mama Adam dah mencapai usia sebulan.

Adam membesar dengan baik walaupun tak sihat sangat. Berat Adam dah meningkat menjadi 4 kg. Badan Adam nampak bulat dan gemuk. Panjang Adam 54 cm. Ukur lilit kepala pula 34.5 cm.

Adam dah diberi suntikan Hepatitis B.

Semoga Adam terus membesar dengan sihat, menjadi anak Islam yang soleh dan berjasa!

Mama ai Adam Ann Wei Sheng!