Tuesday, March 21, 2017

Kali Pertama Menaiki Bas


Hari ini, Amina , Adam dan Amira menaiki bas buat kali pertama.

Dah lama Mama berniat nak bawa anak- anak Mama merasai pengalaman menaiki bas. Kebetulan hari ini Daddy nak ke KLIA 2 untuk menaiki kapal terbang ke Kelantan. Jadi, Mama ambil peluang ni untuk bawa anak- anak menaiki bas sambil menghantar Daddy (kononnya) ke lapangan terbang.

Kita menaiki bas di terminal bas Nilai. Sampai di KLIA 2 kita makan dan berjalan- jalan sekejap sebelum Mama dan anak- anak menaiki bas untuk balik semula ke Nilai.

Anak- anak Mama sangat seronok dapat naik bas. Sampai di Nilai, Adam mengamuk tak mahu balik sebab nak naik bas lagi.

Insya-Allah, selepas ini Mama bawa anak- anak naik tren pula ya.

Mama sayang Amina, Adam dan Amira.

Friday, March 17, 2017

Ujian Cap Jari (Fingerprint Test)


Mama mula- mula tahu tentang ujian cap jari ini ketika Amina berusia sembilan bulan. Ketika itu, Syarikat Dutch Lady ada membuat promosi ujian ini secara percuma di tempat- tempat terpilih, dengan syarat pembeli membeli beberapa pek susu keluarannya. Tapi, ketika itu ujian ini cuma ditawarkan kepada kanak- kanak berusia tiga tahun ke atas.

Ada apa dengan ujian cap jari? 

Rupa- rupanya, cap jari manusia ni ada kaitan dengan otaknya. Para pengkaji telah lama menemui sepuluh bidang kepintaran yang ada pada manusia. Setiap manusia memiliki kepintaran dalam mana- mana bidang kepintaran ini, satu atau lebih. Bidang kepintaran yang berbeza itu didominasi oleh bahagian yang berlainan di dalam otak manusia. Ajaibnya, bahagian- bahagian yang berbeza di dalam otak itu boleh dibaca melalui cap jari! 

Keinginan untuk membuat ujian cap jari ini timbul semula setelah seorang kawan Mama bercerita tentangnya dua tahun lepas. Walau bagaimanapun, hanya pada tahun 2017 ini Mama berpeluang membuatnya.

Tempatnya ialah di Smart- IQ Kindies, 2-1 & 2-2, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor (012- 228 8284).

Semua kanak-  kanak yang belajar di Smart- IQ Kindies wajib menjalani ujian cap jari semasa mendaftar di situ.

Ujian ini boleh dibuat ke atas bayi berusia seawal sembilan bulan dan ke atas. 

Niat asal Mama buat ujian tersebut adalah untuk mengenal pasti bakat yang Amina dan Adam miliki dan cuba mengasahnya. Tetapi, apabila Mama ke sana dan berjumpa dengan Teacher Farah yang menjalankan ujian tersebut, beliau bercerita tentang seorang muridnya yang secara semulajadinya mempunyai kemampuan belajar yang rendah (diketahui melalui ujian cap jari). Oleh sebab itu, mereka membuat stimulasi yang sesuai kepada murid tersebut. Setelah beberapa lama, kemampuan belajar murid itu meningkat kepada aras yang sepatutnya. 

Baru Mama terfikir, bukan kelebihan saja yang mesti dikenal pasti dan dikembangkan. Kelemahan juga mesti dikenal pasti dan diubati.

Menariknya, perkhidmatan yang disediakan bukan saja membuat ujian cap jari, malah Smart- IQ Kindies turut memberikan konsultan tentang cara- cara untuk mengembangkan lagi potensi kanak- kanak atau mengubati kelemahan yang dikenal pasti melalui ujian tersebut. Panduan itu juga tertulis di dalam buku laporan yang mereka sediakan.

Setelah lebih kurang sebulan setengah menunggu, semalam, Mama pergi mengambil laporan ujian cap jari Amina dan Adam. Lebih kurang sejam juga Mama berdiskusi dengan Teacher Rika tentang keputusan itu. Alhamdulillah, banyak input baharu yang Mama dapat.

Ada banyak persamaan antara hasil ujian dengan pemerhatian Mama sendiri. Contohnya, memang tepat keputusan Mama menghantar Amina ke kelas seni lukis dan Adam ke kelas muzik. Kemahiran motor halus merupakan kepintaran ketiga yang ada pada Amina, Adam pula mempunyai kepintaran muzikal dan pendengaran sebagai kepintaran kedua yang Adam miliki.

Tapi, ada juga keputusan yang mengejutkan Mama. Selama ini, Mama bertanggapan bahawa Amina sangat pintar dalam linguistik dan Adam kurang menguasainya. Sehingga Mama berasa agak ragu- ragu untuk hantar Adam ke sekolah Cina. Mama bimbang Adam tak dapat mengikuti pelajaran dalam bahasa asing itu.

Rupa- rupanya, Adam bukan setakat pandai, malah mempunyai BAKAT SEMULAJADI dalam bidang linguistik! Adam mempunyai corak PEACOCK (PE) pada jari manis sebelah kanan. Menurut Teacher Rika, dalam ribuan orang yang pernah membuat ujian cap jari di tempat beliau, hanya beberapa orang yang memiliki cap jari jenis PE.

Amina tak kurang hebatnya dalam bidang linguistik. Linguistik merupakan kepintaran keempat yang Amina kuasai.

Alhamdulillah! Mujurlah Mama buat ujian ini.

Semoga Mama dapat membimbing Amina dan Adam membesar dengan lebih cemerlang.

Mama sayang Amina dan Adam!

Wednesday, March 15, 2017

Amira 11 Bulan


7 Mac 2017 - Amira Ann Hui Fang genap usia 11 bulan.

Anak comel Mama dah mula tumbuh gigi. Tapi masih belum boleh berjalan. Amira cukup pandai menunjuk menggunakan jari telunjuk dan ibu jari.

Anak Mama juga dah pandai memanjat kerusi dan duduk. Amira juga suka merengek dan mengamuk dengan menarik baju dan rambut sendiri kalau ada rasa tak puas hati. Paling comel, Amira pandai geleng kepala kalau tak mahu sesuatu.

Amira dah tahu fungsi beberapa alat. Kalau dapat pensil, Amira akan gosok- gosokkan di kertas. Kalau dapat sikat, Amira gosokkan di kepala. Kalau dapat telefon pintar Jaddah, Amira akan scrool skrin telefon.

Berat Amira dah normal. 7.5 kg. Amira pun dah nampak bulat dan comel.

Mama sayang Amira sangat- sangat!

Monday, March 6, 2017

Amina Yang Pandai

Semalam, Amina dan Adam mengikut Mama hantar Jaddah ke sebuah kinik akulpuntur di Klang.

Klinik itu mengamalkan perubatan tradisional Cina. Informasi di dalamnya juga semua dalam tulisan Cina.

Amina melihat poster- poster yang terpampang di situ dan mula membaca satu dua perkataan Cina yang Amina pelajari di tadika.

Tak lama kemudia, seorang Cina di situ bertanya kepada Mama :
"Dia pergi sekolah Cina ke?"

Agaknya, betullah perkatan- perkataan yang Amina baca tu. Sebab tu Cina tu agak Amina sekolah Cina sebab pandai baca.

Pandainya anak Mama!

Mama doakan Amina terus cemerlang dan menguasai pelbagai bahasa.

Mama sayang Amina!