Thursday, January 21, 2016

Hadiah Untuk Amina & Adam



Sepanjang minggu transisi tahun 1 yang dibuat di sekolah Mama, tiga kali Mama bawa balik lebihan lembaran kerja murid- murid untuk Amina dan Adam.

Suatu hari, selepas Mama bawa balik kertas bergambar seekor gajah untuk Amina warnakan, Amina buat permintaan,"Esok Mama bawa balik gambar dinasour pulak, ya."

Selepas itu, ada beberapa kali Amina tanya Mama, "Hari ni, Mama pergi sekolah, Mama bawa balik apa?"
Mama cuma jawab, "Tak ada apa la, Amina."

Dua hari lepas, Amina tanya soalan yang menyentuh hati Mama, "Hari ni, Mama pergi sekolah, Mama bawa balik hadiah apa?"
Ya Allah, nak menitik air mata Mama dengar soalan tu. Sebabnya, apa yang Amina maksudkan dengan hadiah tu sebenarnya hanya "sampah". Lebihan kertas yang bersepah- sepah di atas meja guru, yang Mama ambil sebab Mama fikir ada faedahnya untuk anak- anak Mama.

Mama belajar sesuatu daripada soalan Amina. Kalau seorang kanak- kanak diajar sejak kecil yang skrin itu menyeronokkan, dia akan menganggap  skrin itulah hiburannya. Begitu juga kalau dia dididik yang kertas itu sesuatu yang menyeronokkan, kertas akan menjadi bahan hiburannya.

Mama bersyukur sebab Amina memang seorang kanak- kanak yang sukakan buku dan aktiviti bercorak pembelajaran seperti melukis, mewarna dan menulis. Minat dan suka itu lahir dari hati Amina sendiri. Mungkin sebab kecil Amina tidak terlalu didedahkan dengan TV dan gajet.

Adam pun mengikut kakak secara tidak langsung. Tapi, sebagai anak lelaki, Adam agak kurang fokus dan tak boleh lama dengan aktiviti- aktiviti itu.

Kedai buku juga menjadi tempat liburan bagi Amina dan Adam. Sebabnya, Mama tak pernah bawa anak- anak ke taman tema dan sebagainya. Tapi kita selalu ke kedai buku, mengikut minat Daddy. Lama pulak tu tunggu Daddy pilih buku. Sampai pekerja di Seremban Book Centre (SBC) tu dah kenal la dengan Amina dan Adam.

Apabila diberitahu nak ke kedai buku, Amina dan Adam akan bersorak keriangan. Begitu juga, apabila ditanya kepada Adam, nak pergi jalan ke mana, Adam akan jawab dengan pelatnya, "Tedai butu."

Semoga aktiviti murah yang Mama buat untuk anak- anak Mama ini, semoga bahan- bahan terbuang yang Mama bawa balik untuk anak Mama ini, betul- betul menjadi HADIAH yang paling berharga dalam kehidupan kalian, yang menjadikan kalian orang- orang yang mencintai ilmu pengetahuan dan serius mengejar dan mengamalkannya.

Mama sayang anak- anak Mama! 

Monday, January 11, 2016

Mama Sayang Amina!

Pagi ni, Mama marah Amina lagi.

Puncanya, Mama nak sikatkan rambut sebab nak cepat ke sekolah. Tapi Amina nak sikat sendiri, berebut dengan Mama. Mama pun beri Amina sikat dengan nada marah. Amina merajuk tak nak sikat dan menangis- nangis suruh Mama yang sikatkan.

Mama marah sangat pada Amina. Sampai di sekolah pun, Mama rasa tak nak peluk dan salam Amina. Tapi, akhirnya Mama tak sampai hati nak biarkan Amina berjalan masuk pagar sendirian tanpa peluk dan cium Amina. Mama tahu, nanti sepanjang hari Mama akan berasa kesal kalau Mama buat macam tu.

Mama pun peluk dan cium Amina. Mama beritahu yang Mama sayang Amina walaupun Mama marah Amina.

Di sekolah, Mama tetap rasa sedih dan terkilan walaupun dah peluk Amina. Mama rasa macam tu sebab berikan permulaan hari yang tidak baik kepada Amina. Mama asyik teringatkan Amina. Mama tengok gambar Amina tersenyum di hadapan sekolah dan gambar Amina semasa baru lahir.

Mama tahu Mama SANGAT SAYANGKAN AMINA!

Memang Amina selalu kena marah akhir- akhir ni. Beberapa hari lepas, dalam keadaan marah, Mama cengkam lengan Amina. Mama tak sedar Mama cengkam terlalu kuat sampai lengan Amina luka sebab kuku Mama panjang. Lepas tu, baru Mama perasan dan menyesal dengan tindakan Mama.

Mama selalu hilang sabar sebab penat dan banyak kerja yang perlu dibuat. Macam pagi tadi, Mama takut terlambat ke sekolah. Seronoknya kalau Mama hanya perlu tumpukan perhatian untuk jaga Amina dan adik, tanpa terkejar- kejar buat kerja lain.

Mama tahu Mama perlu lebih banyak bersabar. Memang Amina banyak buat perangai tapi Amina masih kanak- kanak. Kalau dibandingkan dengan ramai kanak- kanak lain, Amina jauh lebih cerdik.

Kasihan Amina!

Mama akan tetap berusaha berikan yang terbaik buat Amina. Mama selalu berdoa supaya Amina jadi insan yang lebih baik daripada Mama. Mama selalu berdoa supaya Allah murahkan rezeki kita,supaya Mama boleh tumpukan perhatian menjaga anak- anak Mama.

Satu hari nanti, apabila Amina baca entri ini, Mama minta Amina faham dan maafkan kesalahan Mama. Mama sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anak- anak Mama. Tapi, Mama manusia biasa yang ada sangat banyak kekurangan dan nasib baik tidak berpihak kepada Mama.

Ya Allah, berikanlah kehidupan yang baik kepada anak- anakku. Jadikan mereka insan yang jauh lebih baik daripadaku. Permudahkanlah segala urusan hidup mereka dan jadikan mereka orang- orang yang Engkau cintai dan Engkau angkat darjatnya.

Mama ulangi lirik lagu ini untuk Amina:

Don't Let Me Be Misunderstood

People, do you understand me now,
If sometimes I feel a little mad
Don't you know no one alive can
always be an ANGEL
When things go wrong I seem a little sad
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood
You know sometimes, I'm so carefree
With a joy that's hard to hide
Sometimes seems that all I have is worry
And then you're bound to see my other side
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood
If I seem edgy, I want you to know
That I never mean to take it out on you
Life has its problems and I get more
THAN MY SHARE
But that's one thing I never mean to do
I don't mean it
People, don't you know I'm only human
Don't you know I have faults like any one

But sometimes I find myself alone regretting

Some little thing; some foolish thing

that I have done,

But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood
Don't let me be misunderstood
I'm just someone whose intentions are good
Don't let me be misunderstood,
Don't let me be misunderstood

Mama sayang Amina Ann Hui sangat- sangat!



  

Friday, January 8, 2016

Amina Ke PASTI

4 Januari 2016 - Amina Ann Hui Fen memulakan persekolahan di PASTI El- Helmi, Nilai.

Pada mulanya, Mama risau Aminatak boleh bangun pagi. Waktu persekolahan PASTI bermula jam 7.30 pagi. Semasa di al- Baghdadi dulu pun, Amina selalu lewat walaupun sekolah mula 8.30 pagi.

Hari pertama, Mama kejutkan Amina bangun jam 6.30 pagi. Amina cakap, "Amina penat lagi". Mama terus pujuk Amina bangun untuk pakai kasut baharu dan dukung Amina ke bilik air. Amina pun bersiap tanpa sebarang masalah.

Kita jadi orang pertama tiba di PASTI yang letaknya tak sampai 1 km dari rumah. Pagar pun berkunci lagi. Tak lama kemudia, cikgu Amina sampai.


 









Bergambar di hadapan pagar PASTI. Suasana masih gelap




Semoga anak Mama, Amina Ann Hui Fen menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat!

Mama sayang Amina sangat- sangat!

Sunday, January 3, 2016

Ulang Tahun Kedua

Adam bersama kakak pada 2 Januari 2016

2 Januari 2016 - Anak Mama, Adam Ann Wei Sheng telah genap umur 2 tahun.

Berat Adam lebih kurang 12 kg.

Seperti biasa, Mama bawa Adam ke kedai gambar untuk mengambil gambar kenang- kenangan. 

Kebetulan hari ini, semua pak cik dan mak cik Adam ada di rumah kita. Tengah hari, Om belanja kita makan nasi Arab di Restoran Al-Jamal. Adam berlari- lari di dalam kedai makan, jatuh dan terlanggar buju kerusi. Kuat Adam menangis. Adam pun dapatlah sebiji hadiah hari lahir :




Dalam usia 2 tahun. Adam dah kenal huruf- huruf Hijaiyyah (Alif, Ba, Ta, Dal, Mim, Nun & Wau). Adam rajin nak baca al- Quran setiap hari tapi Adam banyak main- main. Adam kurang nak ikut apa yang orang ajar.

Adam juga dapat mengira nombor 1- 10. Tapi selalu tertinggal nombor 6. Selepas 5, Adam terus sebut 7.

Adam juga sudah dapat bertutur dan menaakul. Adam sudah boleh dibawa berbual, boleh menjawab kebanyakan soaln yang ditanya dengan baik. Tapi, pertuturan Adam masih banyak pelat. Adam tidak dapat menyebut huruf S. Adam menyebut sepak = lepak, sekejap = letejak dsb. Tapi sekarang sebutan Adam sudah semakin baik, banyak huruf S sudah mampu Adam tukarkan menjadi H, jadi taklah pelik sangat sebutan Adam.

Alhamdulillah. Mama bersyukur tengok perkembangan Adam. Semoga Adam terus membesar menjadi anak soleh yang cemerlang.