Sunday, October 29, 2017

Ustazah Amina

Semalam, semasa di dalam bilik air, Mama mendengar suara Amina :

"Allah tu Maha Berkuasa. Kita tak boleh lawan Allah.."

Yang selebihnya Mama tak dengar dengan jelas.

Apabila Mama keluar, Mama tengok puteri kecil Mama dah tertidur. Adam pun dah tidur. Agaknya, tadi Amina beri nasihat akhir sebelum tidur kepada Adam, macam Mama selalu buat pada kalian.

Ya Allah, betapa besar anugerah yang Kau berikan kepadaku!

Mama kasih, sayang dan bangga dengan anak- anak Mama. Semoga anak- anak Mama membesar menjadi kekasih Allah!


Saturday, October 28, 2017

Kad Kemajuan Amina


 27 Oktober 2017 - Mama ambil kad laporan Amina di tadika.

Alhamdulillah, Amina mendapat tempat ketiga daripada 21 orang murid di dalam kelas. Markah Amina sangat baik walaupun Bahasa Cina agak merosot.

Masa tengok markah Bahasa Cina Amina, Mama rasa bersalah sebab tak buat ulangkaji langsung dengan Amina sebelum peperiksaan. Sebabnya, Amina demam dan tak hadir dua hari ke sekolah. Jadi, kertas BC dan Matematik Amina duduki bersama dengan peperiksaan lain selepas itu.

Kebetulan pula, lepas Amina demam, Adam dan Amira sambung pula demam. Jadi, Mama agak sibuk jaga anak- anak yang demam ni.

Tapi, Amina dapat juga kedudukan yang baik dalam kelas.

Mama rasa bangga dan bersyukur.

Mama ai Amina Ann Hui Fen!

Friday, October 20, 2017

Keletah Anak- Anak Mama

Amina berlakon jadi chef sekaligus pelayan restoran.

Amina bertanya kepada  Mok Su:

"Awak nak makan apa?"

"Telur mata kerbau."

Amina diam seketika.

"Tahu tak cara buat telur mata kerbau? " Mok Su tanya.

"Tau. Letak telur, letak mata, letak kerbau," jawab Amina.

Amina tanya Mama pula.

"Awak nak makan apa?"

"Nasi goreng Cina."

Tiba- tiba Adam pula datang bertanya.

"Mama, nasi goreng India ada tak?"




Kali Pertama Menaiki Komuter

19 Oktober 2017. Kali pertama Amina, Adam dan Amira menaiki komuter. Perjalanan dari Stesen Batang Benar - KL Sentral.


Teruja melihat ulat gonggok. Tambah teruja apabila Mama sentuh & ulat tu menggulung.


Di KL Sentral

Di Karangkraf. Makan tengah hari di sini.



Di Muzium Shah Alam. 

Wednesday, October 18, 2017

Amira Setahun Enam Bulan

Sanagt lama Mama tak mencatat perkembangan Amira.

Dalam usia setahun empat bulan, Amira mula bercakap. Tidak lama kemudian, Amira dah boleh mengucapkan dua perkataan untuk membentuk ayat.

Amira dah masuk geng dengan kakak dan abang. Perkara yang abang dan kakak cakap Amira tiru.

Amira pun dah pandai menyanyi. Asal orang menyanyi Amira akan ikut.

Sayang Amira Ann Hui Fang!

Bercuti Di Port Dickson