Saturday, July 19, 2014

Detik Kelahiran Si Permata Hati


Buku ini Mama baca pada mingu- minggu terakhir kehamilan, sebelum melahirkan Amina.

Detik Kelahiran Si Permata Hati memuatkan beberapa pengalaman bersalin. Perkongsian pengalaman ini sangat menarik dan banyak membantu Mama meningkatkan pengetahuan tentang persedian yang perlu dibuat, cara melegakan kesakitan, cara menghadapi situasi ketika kontraksi dan sebagainya.

Lebih memudahkan, perkongsian pengalaman dalam buku ini disusun mengikut cara bersalin, iaitu, secara normal, secara normal dengan bantuan peralatan, secara caesarean dan teknik natural childbirth.

Bagi Mama, buku ini perlu dibaca oleh bakal ibu, terutamanya bagi yang akan bergelar ibu buat kai pertama!

Wednesday, July 16, 2014

Amina Yang Penyayang

Dalam rasa bersalah atas ketidaksempurnaan, Mama masih lagi boleh berbangga apabila ada sikap positif yang Mama rasa Amina warisi dari Mama.

Antara yang menggembirakan Mama ialah, Amina suka gunakan perkataan "Sayang", macam yang selalu Mama gunakan apabila bercakap dengan Amina.

Semalam, semasa berebut tablet dengan adik Adam, Mama seronok bila Amina cakap:

 "Ini kakak punya, sayang!"

Sambil tu, Amina larikan tablet dari adik.

Mama pun sayaaannnggg sangat anak- anak Mama!



Monday, July 14, 2014

Don't Let Me Be Misunderstood

Baru dua tahun lebih Mama bergelar ibu, banyak penyesalan yang telah Mama rasakan. Mama cuba untuk jadi Mama yang baik, yang sabar, yang berhikmah untuk Amina dan Adam, tapi, Mama selalu terlanjur dan terkasar dengan anak- anak Mama.

Ya Allah, ampunkanlah dosaku!

Mama selalu berdoa supaya jiwa anak Mama tidak dicacatkan oleh kesalahan yang Mama buat.

Mama harap, suatu hari nanti anak- anak Mama dapat baca entri ini dan memahami perasaan Mama terhadap kalian. 

Mama sertakan lagu yang cukup touching ni sebab Mama rasa lirik ini boleh meluahkan apa yang Mama rasa : 


Don't Let Me Be Misunderstood

People, do you understand me now,
If sometimes I feel a little mad
Don't you know no one alive can
always be an ANGEL
When things go wrong I seem a little sad
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood
You know sometimes, I'm so carefree
With a joy that's hard to hide
Sometimes seems that all I have is worry
And then you're bound to see my other side
But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood
If I seem edgy, I want you to know
That I never mean to take it out on you
Life has its problems and I get more
THAN MY SHARE
But that's one thing I never mean to do
I don't mean it
People, don't you know I'm only human
Don't you know I have faults like any one

But sometimes I find myself alone regretting

Some little thing; some foolish thing

that I have done,

But I'm just a soul whose intentions are good
Oh Lord, please don't let me be misunderstood
Don't let me be misunderstood
I'm just someone whose intentions are good
Don't let me be misunderstood,
Don't let me be misunderstood


Friday, July 11, 2014

Adam 6 Bulan

Usia Adam dah 6 bulan!

Berat Adam bertambah sikit je, jadi 8.58kg. Panjang 67.5 cm.

Adam dah mula makan bubur nasi. Adam juga makin kuat menyusu.

Adam dah mula tunjukkan tanda- tanda nak merangkak. Adam dah boleh angkat punggung dan dada, cuma belum boleh menapak ke depan saja.

Anak Mama ni sangat aktif. Bila diletak, cepat je Adam meniarap, lepas tu bergolek-golek ke sana- sini. Adam suka masuk bawah kerusi!

Mama tinggal masuk bilik sekejap je, keluar- keluar tengok Adam dah ada kat bawah kerusi.
Ceria pulak tu dapat masuk bawah kerusi!


Adam juga sangat pandai mengikut orang. Kalau Mama pakai tudung, mulalah Adam gelisah minta diangkat.

Adam suka sangat bergurau dengan kakak. Kalau Kak Amina ada dekat Adam, Adam terus geselkan muka ke badan kakak. Kalau dapat rambut kakak, lagi Adam suka.

Berebut tablet dengan kakak pun Adam pandai!

Sejak dahulu hingga kini, Adam memang cukup sukakan selawat. Kalau Adam menangis, Adam akan berhenti, walaupun untuk seketika, apabila Mama berselawat. Moga- moga, anak Mama jadi umat Nabi Muhammad yang sangat mencintai dan dicintai Baginda.

Mama ai Adam! 

Sunday, July 6, 2014

Janji Mama Kepada Adam

Wasiat As-Syahid Dr Abdullah Azzam :

Wahai kaum muslimin...
kehidupan kalian adalah jihad
kemuliaan kalian juga terhasil daripada jihad
dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini,
terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.

Wahai kaum muslimat…
Jauhilah kemewahan kerana ia musuh kepada jihad
Ia juga pembinasa diri manusia
Oleh itu, janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan
Cukuplah sekadar keperluan sahaja.

Didiklah dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan
dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad
jadikan rumah-rumah kalian sebagai kandang-kandang singa
dan bukannya reban ayam yang menunggu gemuk
untuk disembelih oleh taghut
Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad
Keinginan kepada medan perang
Dan lapangan yang penuh dengan keributan perang

Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam
Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu sekuarng-kurangnya
Hidup bagaikan mujahidin
Dengan hanya memakan roti kering tanpa lauk
Dan meminum secawan teh tanpa gula 



Adam dah berusia 6 bulan, baru Mama sempat ikrarkan janji ini secara langsung kepada Adam. Tapi, secara simboliknya telah Mama terapkan dalam diri Adam sejak Adam mula- mula wujud dalam rahim Mama.

Mama nak, anak Mama Adam Ann Wei Sheng hayati pesanan ini. Mama berjanji, Mama akan didik Adam untuk menjadi seorang mujahid. Mama tak akan biasakan Adam dengan kehidupan yang mewah dan selesa. Sebabnya, mewah dan selesa selalu menjadikan seseorang itu malas dan manja. Jadi, Adam jangan marah dan salahkan Mama kalau kehidupan Adam tak macam kanak-kanak lain. Jangan kecewa kerana tiada Legoland dan water park sebagai tempat percutian Adam. Kerana Adam anak Mama, orientasi Adam akan diarahkan ke akhirat. Dunia ni cuma persinggahan kita yang sementara. Akhirat yang kekal itulah matlamat sebenar kita.

Anak Mama akan dididik menjadi pejuang, tidak kira dalam lapangan apa. Kalau pedang dan senjata sudah tidak releven lagi pada zaman ini, anak Mama akan berjuang melalui pena, melalui kata-kata, melalui harta atau apa saja sarana yang sesuai dengan peredaran zaman kini.

Lagi pula, Adam anak lelaki. Harapan Mama sangat besar supaya Adam menjadi mujaddid umat ini. Entah kenapa, naluri Mama kuat menyatakan yang suatu hari nanti, anak Mama Adam Ann Wei Sheng AKAN MENJADI PERDANA MENTERI!

Adam akan bawa pembaharuan dan mengislahkan masyarakat kita. Adam akan bebaskan bangsa Rohingya dan umat Islam minoriti di rantau kita yang selama ini hidup tertindas.

Besar harapan Mama kepadamu, nak!

Yang penting, anak Mama mesti menjadi "seekor singa" yang gagah menerkam musuh Islam, bukannya ayam daging yang gemuk yang cuma menunggu masa untuk disembelih musuh!


Ini wajah mujahid dan mujaddid yang bakal mempermudahkan jalan Mama ke Jannah!

Thursday, July 3, 2014

Melahirkan Tanpa Rasa Sakit


"Melahirkan Tanpa Rasa Sakit" , Mama beli pada Mei 2011. Ketika itu Mama belum mengandung pun. Semasa ikut Daddy ke satu program di The Mines, kami ke Pesta Buku yang diadakan di situ. Tiba- tiba, Mama tertarik dengan buku ini serta "Membesarkan Bayi Jadi Anak Pintar". Mama terus minta Daddy belikan.

Alhamdulillah, Ogos tahun itu, Mama disahkan hamil. Memang nalurilah yang mendorong Mama beli buku ini.

"Melahirkan Tanpa Rasa Sakit" memberi panduan kepada bakal ibu untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin dengan kaedah  Relaksasi HypnoBirthing. 

Buku ini juga memberikan banyak penerangan tentang proses kelahiran, termasuklah tanda- tanda kelahiran seperti kontraksi, air ketuban, bukaan jalan lahir,malah menyenaraikan peralatan yang perlu dibawa ke hospital bagi keperluan ibu dan bayi yang baru lahir.

Perkongsian pengalaman melahirkan menggunakan kaedah Relaksasi HypnoBirthing ini sangat menarik. Sedikit petikan daripada pengalaman seorang ibu yang menggunakan teknik ini ketika bersalin secara pembedahan :

Ketika anak saya ditarik keluar - karena rupanya kakinya tersangkut di antara tulang iga, yang kalau dirasakan sebenarnya terasa sakit luar biasa- saya membayangkan sebuah tangan yang besar sekali, lembut dan putih, mengalihkan anak itu ke dalam pelukan saya. Sungguh, itu adalah pengalaman yang sulit saya gambarkan. Tiba- tiba saja bidan sudah memperlihatkan wajah bayi yang benar- benar masih berselimut lendir. Kami pun berkontak mata.

Buku ini memang sangat berguna sebagai panduan untuk bakal ibu, terutamanya bagi yang pertama kali hendak bergelar ibu. Kaedah relaksasi diterangkan secara langkah demi langkah. Secara umumnya, kaedah yang digunakan ialah kaedah hipnosis, iaitu, suatu seni komunikasi yang dapat mempengaruhi alam bawah sedar manusia secara efektif.

Menggunakan metod ini, bakal ibu menghipnosis diri sendiri supaya berada dalam keadaan tenang dan relaks. Secara tidak langsung keadaan itu menjadi bius kepada kesakitan yang dirasai semasa proses kelahiran.

Mama sendiri ada mencuba satu dua kaedah relaksasi yang dicadangkan tetapi Mama tidak mampu untuk mempraktikkannya sehingga mencapai tahap alpha. Relaksasi telah Mama buat sejak masih mengandung. Berkomunikasi dengan bayi juga telah Mama lakukan sebelum membaca buku ini tetapi buku ini ada mencadangkan kaedah yang lebih sistematik dan berfokus.

Panduan yang cukup Mama ingat dalam buku ini ialah teknik mengatur pernafasan, iaitu menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan- lahan. Apabila berada dalam kesakitan, seseorang cenderung untuk bernafas pendek- pendek. Hal tersebut tidak baik bagi bayi dan proses kelahiran. Buku ini mencadangkan supaya ibu yang sedang dalam proses melahirkan menarik nafas panjang dan teratur supaya si ibu dan bayi mendapat cukup oksigen. Oksigen yang cukup akan membantu melancarkan proses bersalin.

Satu lagi panduan yang Mama ingat ialah, "terdapat kaitan antara otot vagina dan otot mulut". Oleh itu, jangan kacip rapat rahang dan jangan tegangkannya. Biarkan mulut sedikit terbuka dan kendurkan rahang supaya vagina juga akan membuka. Apabila rahang rileks, vagina juga akan rileks. Semasa kontraksi, Mama ingat petua ini dan cuba praktikkannya. Alhamdulillah, memang ada kesan positif.

Buku ini banyak membantu dan memberi ilmu kepada Mama untuk menjalani proses melahirkan yang sememangnya perit dan menyakitkan.

Tetapi hasilnya amat manis dan menggembirakan...

Amina dan Adam yang comel dan keletah, yang sangat Mama cintai! 

Wednesday, July 2, 2014

Adam Mengamuk

Beberapa hari ni, Adam banyak menangis dan mengamuk.

Adam tiba- tiba menangis dalam tidur, dengan mata yang masih pejam. Walaupun didukung dan dipujuk, Adam menangis kuat- kuat dan meronta- ronta.

Hari Sabtu lepas paling teruk Adam menangis. Mama ambil keputusan nak bawa Adam ke klinik. sebaik saja keluar rumah, Adam diam. Dalam kereta, Adam diam dan baik. Mama pun pusing- pusing dan balik ke rumah.

Di rumah, Adam duduk baik dan bermain,  akhirnya tidur. Sekali lagi, Adam mengamuk dan menangis apabila terjaga. Tangisan Adam berpanjangan dan tak dapat dipujuk. Jaddah cadangkan pula Adam dibawa berjumpa mana- mana ustaz. Kami ambil keputusan untuk ke Desa Tasik.

Sekali lagi, apabila berada dalam kereta, Adam diam dan baik, sehinggalah sampai ke Desa Tasik. 

Hari Ahad, Adam baik dan tak buat perangai.

Semalam, sekali lagi Adam mengamuk. Mama yang baru balik sekolah ambil keputusan untuk bawa  Adam keluar naik kereta. Sebaik saja Mak Yah pakai tudung dan dukung Adam ke pintu, Adam terus diam.

Adam diam je dalam kereta.

Ya Allah, Adam ni memang jenis yang suka naik kereta ke? Mama cakap kat Jaddah, nasib baik Adam dah ada nama, kalau tak, Mama letak je nama Ahmad Sayyarah.

Adam, Adam...Mama sayang Adam.