Tuesday, January 31, 2017

Adam di Kelas Muzik

Mama lihat Adam sedang mewarna.

"Oh, Adam warna gitar ya?"

"Ini utulele (ukulele) la, sebab tecik (kecil)," jawab Adam.

Oh, terkejut Mama dengan jawapan Adam. Mama pun baru kenal ukulele sejak dua atau tiga tahun yang lepas. Adam dah kenal ukulele semasa umur tiga tahun.

Betullah tindakan Mama hantar Adam ke kelas muzik. Sebenarnya, Mama tak pasti minat Adam yang sebenar. Adam tak macam kakak yang nampak minat sangat dengan buku dan lukisan. Tapi, Mama perasan Adam suka menyanyi dan kadang- kadang berlagak main muzik. Malah, Adam sangat pandai menggubah lirik. Salah satu contoh lirik terbaharu yang Adam reka, yang mengundang ketawa Mama ialah :

"Kalau rasa nak kencing pergi tandas...Tandas!" (dinyanyikan mengikut rentak lagu "Kalau Rasa Gembira".

Sebab itu Mama hantar Adam ke kelas muzik. Lagipun,Mama nak beri Adam pendedahan kepada kemahiran bersosial. Sebab Adam anak yang sangat pemalu. Kali pertama Adam ke kelas pada 7 Januari 2017, Adam nak Mama teman masuk kelas. Mula- mula, Adam duduk di atas riba Mama dan tak mahu duduk dengan kawan- kawan. Pada minggu kedua, Mama masih perlu teman Adam di dalam kelas. Tapi Adam dah agak berani, tak duduk atas riba Mama lagi. Minggu ketiga, Adam dah masuk ke kelas sendiri. Mama hanya tengok dari luar.

Semoga Adam Ann Wei Sheng terus menjadi anak yang berani dan berjiwa besar. Semoga Adam menjadi Opick yang boleh Mama banggakan!

Mama sayang Adam!



Minggu pertama

Minggu ketiga

Friday, January 27, 2017

Amira Dah Pandai Berdiri


18 Disember 2016 - Amira berdiri buat kali pertama.

Tempatnya ialah di Hotel Katherina, Batu Pahat. Semasa bersarapan di kafe hotel, tiba- tiba Amira berpaut pada meja makan dan berdiri.

Dah kuat kaki anak Mama!

Mama ai Amira!

Wednesday, January 25, 2017

Adam 3 Tahun


Adam tiga beradik pada 2 Januari 2017

2 Januari 2017 - Anak Mama, Adam Ann Wei Sheng genap usia tiga tahun.

Fizikal Adam agak besar berbanding rakan sebaya. Dalam usia tiga tahun, Adam masih bercakap pelat, tetapi memiliki penaakulan yang cukup baik.

Adam seorang anak yang pemalu dan kurang keyakinan diri. Mama masih berusaha untuk memperbaiki  kekurangan yang Adam miliki.

Adam seorang anak yang suka duduk di rumah. Kalau ke mana- mana, waima hotel yang mewah dan selesa,Adam tetap akan bertanya, "Bila nak balik Nilai?"

Mama sayang Adam sangat- sangat. Semoga Adam terus membesar menjadi insan soleh yang diredhai Allah.