Thursday, February 25, 2016

Cuti Tahun Baharu Cina

Cuti Tahun Baharu Cina yang lalu, Mama rasa puas dapat duduk di rumah dengan anak- anak Mama. Mama bersihkan lantai mozek di halaman rumah setiap hari supaya Amina dan Adam mudah keluar masuk untuk bermain.

Walaupun pada awal cuti kita tidak ke mana- mana, Amina dan Adam sangat riang sebabdapat bermain sepanjang hari dengan bebas. Mama pun seronok dapat menemani anak- anak Mama buat pelbagai aktiviti & dapat memasak dan suap anak- anak Mama makan.

Angpow Tahun Baharu daripada Daddy
Hasil kerja Amina menggunakan warna air. Mama ajar Amina buat teknik tiupan menggunakan straw. Amina juga minta nak main penyangkut baju. Mama tak tahulah apa imaginasi Amina semasa susun penyangkut baju macam tu. Tak apalah, nak. Bermainlah mengikut fitrahmu.
Kali pertama Amina & Adam mandi laut. Mama gembira sangat melihat anak- anak Mama seronok!

Mama berasa sangat seronok melihat dan menemani anak- anak Mama bermain. Sesuatu yang jarang Mama dapat buat pada hari bekerja. Sebab Mama selalu penat. Seronoknya menjadi suri rumah dan melayani anak- anak Mama membesar mengikut fitrah.

Mama sayang Amina dan Adam!

Wednesday, February 3, 2016

Bahan Bantu Belajar Untuk Anak-anak Mama

Dalam kesibukan & keletihan, Mama buatkan juga bahan bantu belajar ini untuk anak- anak Mama. Sebabnya, Mama tak mahu usia 1 -4 tahun kalian, di mana otak kalian sedang berkembang dengan baik dan mampu menyerap pelajaran seperti span, berlalu dengan sia- sia. 

Sayang sangat kalau ibu bapa tidak berusaha untuk mengajar anak- anak dalam usia 1- 4 tahun, sebaliknya menunggu anak masuk sekolah hanya untuk belajar benda- benda mudah seperti mengenal huruf dan sebagainya.

Kasihan anak itu yang masa emas untuk dia belajar berlalu begitu saja. Kemudia dia terbeban untuk mempelajari terlalu banyak perkara dalam usia 5 tahun ke atas.

Mama tak mahu Amina dan Adam mengalami nasib begitu. Biarlah secara santai dan tidak langsung, anak- anak Mama mengenal huruf dan asas- asas pelajaran, sepertimana Amina dan Adam mengenal kerusi, meja dan sebagainya.

Selama ini pun, Amina kenal huruf dan nombor tanpa usaha yang terlalu berat, sebaliknya hanya secara tidak langsung.

Semoga usaha kecil Mama dapat membantu perkembangan kognitif yang sihat untuk anak- anak Mama.




Mama sayang Amina & Adam!