Tuesday, January 19, 2021

Hotel Seri Malaysia Port Dickson

 Bercuti di Port Dickson lagi, 21 - 23 Disember 2018.


Bermain di taman berhampiran sebelum mendaftar masuk ke hotel.




Kolam renanglah!






Bermain pasir jangan dilupakan!

Baik untuk merangsang sensori kanak- kanak.










Sayang anak- anak Mama!

Cherengin Hill Resorts and Spa, Janda Baik

 Bercuti di Janda Baik 11 - 13 Ogos 2019.




Bilik mengadap taman yang cantik.


Kolam renang besar. Puas hati berendam. Hampir sepanjang hari.




Apabila tengah hari. Kolam renang panas, kita ke kolam renang semulajadi pula.











Alhamdulillah!

Mama sayang anak- anak.

Gembira apabila tengok anak- anak Mama gembira.



Saturday, January 9, 2021

Hari Pertama Amira ke Tadika

 


Tahun ini Amira mula ke tadika.

Tadika Amira dibuka pada 5 Januari 2021, lebih awal daripada sesi persekolahan lain yang hanya akan bermula pada 20 Januari.

Tapi, Amira cuma mula ke sekolah pada 8 Januari (Jumaat), sebab pada hari pertama sekolah, kita baru bertolak pulang dari Kelantan.

Mama hantar amira ke sekolah. Disebabkan Amira masih belum menerima uniform, Amira pakai dulu uniform lama kakak. Besar sikit saiznya.

Dalam perjalanan ke sekolah, Mama pesan supaya Amira belajar bersungguh- sungguh, sebab Allah sayang orang yang rajin. Mama pesan supaya Amira cuba menjadi orang yang hebat, sebab Islam agama yang hebat.

Balik dari sekolah, Amira terus buat kerja rumah. 

Bagus sangat Amira Ann Hui Fang.

Mama sayang Amira!





Monday, November 2, 2020

Ruang Tamu PKPB

Sempena PKPB di Nilai pada 28 Oktober - 10 November 2020, Mama sediakan ruang tambahan di luar rumah sebagai tempat anak- anak bersantai dan buat kerja.

Jadi, anak- anak Mama tidaklah terperap di dalam rumah saja, sebaliknya terperap di luar rumah.

 

Sunday, November 1, 2020

Amira Anak Cerdik

 Dua minggu yang lalu, guru kelas seni Amira beritahu Mama :

Amira budak yang cepat faham arahan. Berbeza dengan murid- murid lain yang asyik panggil cikgu untuk bertanya cara buat, kemudian buat dengan cara yang salah juga. Sebaliknya, Amira, ada masanya tak bertanya dan tak diberitahu pun tetapi Amira boleh tengok contoh, kemudian buat dengan betul.

Alhamdulillah, sama dengan abang semasa mengikuti kelas muzik dulu.

Semoga anak Mama, Amira terus menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat!

Mama sayang Amira Ann!

Ke Terowong Sungai Lembing




Semasa berkemas- kemas untuk meninggalkan hotel, TV menyiarkan satu rancangan tentang Terowong Sungai Lembing. Sungai Lembing merupakan tempat terletaknya bekas lombong bijih timah yang paling dalam di dunia.

Mama pun ajak anak- anak ke sana. Kebetulan kita dah berada tidak jauh daripada tempat itu.

Bayaran tiket masuk ialah RM15 bagi orang dewasa dan RM7.50 bagi kanak- kanak berusia enam - 12 tahun. Jadi, Amira tidak dikenakan bayaran.

Merasalah anak- anak Mama menaiki tren yag digunakan oleh pelombong zaman dahulu untuk masuk ke dalam terowong lombong. Ini juga kali pertama anak Mama melihat gua dari dekat.

Semasa PKP dulu, anak- anak pernah menonton cerita Coolie, kisah para pelombong arang batu di China.  

Jadi, semua anak boleh mengaitkan perkara yang dilihat di Sungai Lembing dengan yang disaksikan dalam cerita tersebut.

Seronok anak Mama dengan pengalaman ini. Kata Adam, "Semalam kita naik bot, hari ni naik tren. Esok kita nak naik apa pulak? 

Insya- Allah, lain kali, anak- anak Mama berpeluang merasai pengalaman lain pula.

Alhamdulillah!

Mama sayang semua anak Mama!