Monday, June 16, 2014

Kerenah Amina

Amina dah pandai sangat buat perangai sekarang.

Amina selalu mengamuk. Selalunya kerana perkara- perkara kecil macam Mama matikan kipas, sedangkan Amina yang nak matikan. Atau Mama tutup peti, sedangkan Amina ada dekat situ, jadi Amina yang mesti tutup.

Kerana perkara kecil macam tu, amukan Amina akan berpanjangan...

Amina juga suka buat perkara yang orang larang. Amina cukup suka usik adik. Kadang- kadang Amina pukul kepala adik. Tindakan Amina buat orang marah.

Mama cuba bersabar dengan Amina, tetapi Mama tak mampu sabar lama- lama. Kalau dipujuk, perangai Amina akan menjadi- jadi. Selalunya, untuk hentikan perangai atau amukan Amina, Amina perlu dicubit atau dimarah.

Mama selalu rasa bersalah sebab seringkali hilang sabar dengan Amina. Mama tahu Amina anak yang sangat cerdik dan kuat ingatan. Mama takut kalau selalu dimarah, potensi Amina untuk berkembang jadi terbantut. Tapi, kalau tak dimarah perangai Amina semakin menjadi.

Apabila Amina menangis dan mengamuk, adam tengok diam je dan tengok Amina. Apabila Mama marah, Adam terkejut dan renung Mama pula.

Adam pun jadi mangsa dalam kedaan ni.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk mendidik anak- anakku menjadi hamba-Mu yang bertaqwa, pintar dan dapat memberi sumbangan besar kepada umat Islam.

Mama sangat sayang Amina dan Adam.
Mama mahu jadi Mama yang terbaik untuk anak- anak Mama.

No comments:

Post a Comment