Wednesday, June 11, 2014

Adam 5 Bulan

Semalam, Mama bawa Adam ke klinik untuk pemeriksaan rutin usia 5 bulan.

Berat Adam 8.3 kg. Panjang Adam pula 67.5 cm.

Sekumpulan doktor muda yang ada di situ dok geram tengok Adam. Semasa mereka panggil nama Adam, Mama terdengar seorang doktor berkata kepada  kawannya, "Yang inilah yang kita geram tengok dari tadi".

Apabila baju Adam dibuka semasa Adam hendak ditimbang, lagilah mereka geram tengok badan Adam yang putih dan bulat.

Adam cool je. Malah, semasa disuntik imunisasi, Adam tak menangis pun. Macam tak rasa apa- apa.

Mama pelik tengok sampai Mama tanya soalan bodoh kat jururawat tu, 

"Suntikan masa umur 5 bulan ni tak sakit ke?"

Jururawat   tu ketawa dan jawab, "Sama je sakit semuanya."

Mama tanya macam tu sebab ikut pengalaman, kakak Amina dulu pun tak menangis apabila disuntik masa umur 5 bulan. Mama ingatkan sebab dia dah besar dia tak menangis. Tapi, semasa umur 6 bulan dan seterusnya, dia menangis pulak.

Adam ni, tak tahulah macam mana...

Kalau lepas ini Adam menangis, mungkin Mama kena ubah soalan. Mama kena tanya, "Agaknya budak 5 bulan ni tak sakit ke masa kena suntik?"

Manalah tahu, kulit/ daging manusia ni kurang sensitifnya semasa usia 5 bulan.

Apapun, Mama sayang Adam!

Adam 5 bulan

No comments:

Post a Comment