Saturday, March 1, 2014

Tentang Adam

27 Februari 2014 - Adam tak tidur sepanjang hari. Penatnya Mama asyik menyusukan dan memangku Adam. Adam duduk diam sekejap- sekejap. Lepas tu, Adam asyik nak menyusu dan minta diangkat.

Yang bagusnya, malam itu Adam tidur awal. Lebih kurang jam 9 lebih. Lebih bagus, Amina juga tidur lebih kurang waktu itu. Alhamdulillah! Mama yang memang kepenatan pun ambil peluang tidur lebih kurang jam 10.

Mama cuma dikejutkan oleh tangisan Adam pada jam 2.15 pagi.

Mama rasa puas tidur malam itu. Apabila dikira- kira, Adam tidur lebih empat jam. Mama pula dapat tidur lena selama lebih kurang empat jam juga.

Tiba- tiba Mama perasan, ini satu rekod baharu yang Adam cipta. SEJAK ADAM DILAHIRKAN, INILAH KALI PERTAMA MAMA DAPAT TIDUR SELAMA EMPAT JAM! 

Sebelum ini, Adam akan terjaga lebih kurang dua jam sekali apabila tidur, siang atau malam. Pernah juga Adam tidur 3 jam (itupun Mama dah seronok sangat). Banyak kali juga Adam tidur sejam saja.

Mama memang penat, kadang- kala tertekan. Tetapi, Mama yakinkan diri sendiri, apa salahnya Mama berkorban dan bersusah payah untuk seorang pejuang Islam, seorang yang akan jadi pemimpin besar, mujahid dan mujaddid untuk umat ini.

Mama tahu, suatu hari nanti, Mama akan berbangga kerana pernah melahirkan dan menyusukan Adam Ann Wei Sheng!   

Mama sayang Adam!

No comments:

Post a Comment