Saturday, March 1, 2014

Adam Ann Wei Sheng

Mama belum sempat bercerita tentang nama Adam sebelum ini.

Macam kak Amina juga, pendaftaran kelahiran Adam bermasalah hanya kerana nama Adam dan nama bapa Adam "lari" daripada kebiasaan orang Islam di Malaysia.

Birokrasi semakin rumit. Mama terpaksa tunggu Daddy balik dari KL untuk daftarkan kelahiran Adam. Tempoh 14 hari yang diberi telah tamat. Jadi, pendaftaran Adam yang lewat telah dikenakan denda RM5.

Adam hanya rasmi menjadi warganegara Malaysia pada 22 Januari 2014.

Nama Adam diambil sempena nama seorang nabi yang juga manusia pertama yang Allah ciptakan di dunia ini. Mama dah lama berminat dengan nama ini. Mama berniat, Mama nak namakan insan lelaki pertama yang Mama lahirkan dengan nama Adam. Lagipun, Mama suka nama ini sebab nama Adam bersifat sejagat. Boleh diterima di Timur dan di Barat.

Ann ialah nama keluarga Daddy yang bermaksud "kesejahteraan". Wei Sheng pula bermakna "kehebatan telah dilahirkan".

Mama berharap, anak Mama akan menjadi seorang soleh yang hebat di dunia dan di akhirat!

Mama ai Adam Ann Wei Sheng.

No comments:

Post a Comment