Thursday, September 19, 2013

Amina Mula Memanjat

18 September 2013 - Amina berjaya memanjat kerusi meja makan, seterusnya naik ke atas meja makan, buat kali pertama. Terkejut Mama tengok!

Perkembangan ini membimbangkan Mama. Nampaknya, Amina mesti diawasi dengan lebih ketat supaya tidak berlaku kecederaan. Sebabnya, meja makan agak tinggi dan berbahaya untuk Amina kalau Amina terjatuh.

Akhir- akhir ini, Mama memang agak bimbang dengan Amina. Sebabnya, Amina sangat lasak dan berani. Apabila keluar, Amina suka berjalan dan tak mahu dipimpin. Yang peliknya, Amina suka menuju ke jalan raya yang sibuk dengan kenderaan.

Kalau ada masa terluang, Mama akan bawa Amina berjalan- jalan di Taman Awam Nilai yang terletak tidak jauh dari rumah untuk memenuhi keinginan berjalan Amina. Amina sangat sukakan tempat itu. Mama tengok Amina ni sukakan alam semulajadi. Amina akan sibuk tengok ant, worm dan flower. 


Amina di taman

Kerana bimbangkan Amina, Mama buatkan air penawar untuk lembutkan hati Amina dengan harapan Amina akan jadi anak yang mudah mendengar kata dan terang hati. Mama bacakan surah al- Fatihah (1x) dan surah Taha, ayat 1 - 23 (11x) pada air yang diberi minum pada Amina.

Mama sayang Amina dan tak mahu Amina ditimpa apa- apa kemalangan.

Semoga Allah lindungi Amina!

3 comments:

  1. Rindu kat akak terubat bila baca blog akak.

    ReplyDelete
  2. Rindu kat akak terubat bila baca blog akak.

    ReplyDelete
  3. Salam, dayah. Terima kasih sebab sudi melawat blog akak. Rindu Dayah juga.Insya Allah, satu hari nanti ada kesempatan untuk akak bawa Amina jumpa Cik Dayah.

    ReplyDelete