Sunday, November 1, 2020

Ke Terowong Sungai Lembing




Semasa berkemas- kemas untuk meninggalkan hotel, TV menyiarkan satu rancangan tentang Terowong Sungai Lembing. Sungai Lembing merupakan tempat terletaknya bekas lombong bijih timah yang paling dalam di dunia.

Mama pun ajak anak- anak ke sana. Kebetulan kita dah berada tidak jauh daripada tempat itu.

Bayaran tiket masuk ialah RM15 bagi orang dewasa dan RM7.50 bagi kanak- kanak berusia enam - 12 tahun. Jadi, Amira tidak dikenakan bayaran.

Merasalah anak- anak Mama menaiki tren yag digunakan oleh pelombong zaman dahulu untuk masuk ke dalam terowong lombong. Ini juga kali pertama anak Mama melihat gua dari dekat.

Semasa PKP dulu, anak- anak pernah menonton cerita Coolie, kisah para pelombong arang batu di China.  

Jadi, semua anak boleh mengaitkan perkara yang dilihat di Sungai Lembing dengan yang disaksikan dalam cerita tersebut.

Seronok anak Mama dengan pengalaman ini. Kata Adam, "Semalam kita naik bot, hari ni naik tren. Esok kita nak naik apa pulak? 

Insya- Allah, lain kali, anak- anak Mama berpeluang merasai pengalaman lain pula.

Alhamdulillah!

Mama sayang semua anak Mama!

No comments:

Post a Comment