Sunday, January 3, 2016

Ulang Tahun Kedua

Adam bersama kakak pada 2 Januari 2016

2 Januari 2016 - Anak Mama, Adam Ann Wei Sheng telah genap umur 2 tahun.

Berat Adam lebih kurang 12 kg.

Seperti biasa, Mama bawa Adam ke kedai gambar untuk mengambil gambar kenang- kenangan. 

Kebetulan hari ini, semua pak cik dan mak cik Adam ada di rumah kita. Tengah hari, Om belanja kita makan nasi Arab di Restoran Al-Jamal. Adam berlari- lari di dalam kedai makan, jatuh dan terlanggar buju kerusi. Kuat Adam menangis. Adam pun dapatlah sebiji hadiah hari lahir :




Dalam usia 2 tahun. Adam dah kenal huruf- huruf Hijaiyyah (Alif, Ba, Ta, Dal, Mim, Nun & Wau). Adam rajin nak baca al- Quran setiap hari tapi Adam banyak main- main. Adam kurang nak ikut apa yang orang ajar.

Adam juga dapat mengira nombor 1- 10. Tapi selalu tertinggal nombor 6. Selepas 5, Adam terus sebut 7.

Adam juga sudah dapat bertutur dan menaakul. Adam sudah boleh dibawa berbual, boleh menjawab kebanyakan soaln yang ditanya dengan baik. Tapi, pertuturan Adam masih banyak pelat. Adam tidak dapat menyebut huruf S. Adam menyebut sepak = lepak, sekejap = letejak dsb. Tapi sekarang sebutan Adam sudah semakin baik, banyak huruf S sudah mampu Adam tukarkan menjadi H, jadi taklah pelik sangat sebutan Adam.

Alhamdulillah. Mama bersyukur tengok perkembangan Adam. Semoga Adam terus membesar menjadi anak soleh yang cemerlang.  

No comments:

Post a Comment