Tuesday, July 28, 2015

Amina Ke Sekolah


28 Julai 2015 merupakan hari yang bersejarah dalam hidup Amina.

Hari ini merupakan hari pertama Amina menghadiri kelas percubaan di Al- Baghdadi Playtime Centre (APC) di Nilai Impian.

Pada mulanya, Mama tak berniat untuk menghantar Amina memasuki alam persekolahan terlalu awal.
Tapi,Amina selalu minta nak ke tadika.

Jaddah pula kurang sihat ahir- akhir ini. Jadi, Mama cuba cari taska untuk Amina dan Adam.

Mama bercadang nak hantar Amina dan Adam ke taska Widuri di Desa Cempaka, sebelum Amina masuk Tadika Widuri yang terletak bersebelahan pada tahun hadapan.
Tapi, Jaddah nak jaga Adam sampai dia berumur 2 tahun. Jaddah cakap, biarlah Amina seorang saja yang dihantar.

Apabila selalu dengar tentang APC di radio IKIM, Mama terfikir untuk hantar Amina ke situ. Mama tertarik dengan perkataan playtime tu (di samping hafazan al-Quran).
Mama nak anak Mama menikmati zaman kanak- kanak dengan cara yang  betul. Tak perlulah anak Mama dibebankan dengan cara belajar yang menekan.
Selama ini pun, Amina dah banyak belajar secara santai di rumah. Hasilnya, Amina dapat mengira dan mengenal nombor dalam 3 bahasa, kenal hampir kesemua abjad rumi dan beberapa abjad hijaiyah dan menghafaz beberapa ayat al- Quran serta banyak zikir.

Semalam, Mama ke Nilai Impian untuk tengok APC. Amina pun berminat nak belajar di situ. Jadi, hari ini Amina dah mula ke kelas percubaan.

Mama pula yang berasa seronok apabila fikirkan anak Mama dah mulakan alam persekolahan!

Pagi tadi, selepas solat Subuh, Mama berdoa sambil menangis. Entah kenapa,dalam keseronokan, timbul sedikit perasaan sayu.
Mama rasa, Amina dah Mama lepaskan untuk tidak lagi sentiasa berada "bawah" Mama.

ANAK MAMA, AMINA ANN HUI FEN DAH MULA MENEROKAI DUNIA LUAR!

Doa Mama :

Ya Allah, hari ini anakku Amina Ann Hui Fen akan mula ke sekolah.
Aku masukkan dia ke pusat Tahfiz kerana aku mahu dia mempelajari kalam- Mu.
Aku mahu kalam-Mu menjadi panduan hidupnya.
Aku mahu dia menjadi hamba-Mu yang solehah
Yang berbakti kepadaku apabila aku tua nanti
yang memberikan banyak manfaat kepada manusia lain
yang dapat memajukan umat Islam 
dan membebaskan mereka daripada penderitaan 
Ya Allah, bukakanlah pintu hati anakku
cerahkanlah mindanya supaya dia dapat belajar dengan baik
supaya dia menjadi insan yang cemerlang
Ya Allah, berikanlah dia keberkatan
Permudahkanlah urusannya semudah- mudahnya
Rezekikanlah dia untuk bertemu dengan guru yang baik 
serta kawan- kawan yang baik
yang akan mendorongnya ke jalan yang baik
Ya Allah, Engkaulah pelindung kami
Engkaulah yang mengatur segala urusan kami
Lindungilah kami semua daripada mara bencana
Jauhkanlah kami daripada takdir buruk
Ya Allah, aku serahkan segala- galanya kepada-Mu
kerana aku yakin Engkaulah yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa 
dan Engkaulah segala- galanya.

Menitis air mata Mama.

Mama sayang Amina Ann Hui Fen sangat- sangat.




Catatan selepas 28 Julai:
Rupa- rupanya hari ini benar- benar hari bersejarah untuk negara kita.
Petangnya, Mama terkejut apabila mendapat berita bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin telah dipecat daripada jawatan beliau.
Hari pertama Amina bersekolah ialah hari pertukaran Menteri Pendidikan. Menteri Pendidikan yang baharu ialah Datuk Sri Mahdzir Khalid.
Entah apalah perubahan yang bakal berlaku dalam sistem pendidikan kita, Amina, yang tentunya memberi impak besar kepada perkembangan anak- anak Mama.
Semoga Allah lindungi kita daripada apa sahaja takdir buruk!
Semoga apa sahaja perubahan yang dibuat menjurus kepada penambahbaikan, bukannya keburukan.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Saya juga berminat hendak menghantar anak saya ke APC Nilai Impian. Okay tak anak puan belajar di sana? Dah boleh membaca muqaddam tak dan sudah boleh hafal beberapa surah pendek?
    Appreciate your reply. Thank you! ^_^

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusslam,

    Semasa masuk APC, anak saya dah kenal semua hurf rumi, 2, 3 huruf jawi dan semua nombor.Perkembangan anak saya yang saya perhatikan sepanjang Ogos - Nov 2015 belajar di APC :

    1) Kenal semua huruf Arab (tapi tertukar- tukar sikit antara jim, ha, sin & shin dsb)

    2) Dapat hafaz ayat2 dari surah an- Naaziat & 1, 2 surah lain yg diajar (pun agak tertukar- tukar)

    3)Dapat menulis huruf- huruf Rumi (saya x pernah ajar menulis sebelum tu)

    4) Kenal huruf kecil (saya x pernah ajar juga)

    5)Ingat beberapa doa & bacaan dalam solat

    Sekarang saya dah tukarkan dia ke PASTI sb lebih dekat dgn rumah. Dia pun dah baca IQra' 2, saya ajar sendiri, bermula drp mantapkan huruf Arab (sambung yg dia belajar diAPC) bermula pertengahan November lepas dan sepanjang cuti sekolah hari tu.

    ReplyDelete