Alhamdulillah, dalam sibuk, Allah rezekikan juga Mama sedikit masa untuk membuat aktiviti kreatif bersama anak- anak Mama.
Bagaimanapun, hanya Amina yang terlibat secara aktif dalam aktiviti ini. Adam masih kecil dan aktiviti kreatifnya hanya mewarna lidah (masukkan pensil warna dalam mulut).
Dalam usia 2 tahun 8 bulan, Amina sudah biasa melakar, mewarna, menampal menggunakan gam, dan yang terbaharu, menggunting.
 |
17 Nov 2014 |
Ini merupakan kali pertama Amina belajar menggunakan gam. Sebenarnya, masa ini Mama sedang siapkan buku program untuk Hari anugerah Kecemerlangan sekolah. Amina sibuk nak buat sama. Mama pun gunting perca- perca kertas dan suruh Amina cantumkan untuk membentuk huruf. Amina sangat seronok dengan aktiviti ini.
 |
Ini hasilnya! |
 |
Hasil akhir selepas ditampal dan diwarna!
|
 |
Adam pun minat mewarna! |
 |
Mama kumpul batang aiskrim untuk buat model rumah. Tapi belum cukup lagi. |
 |
Di tangan Adam, beginilah jadinya..... |
 |
Aktiviti kolaj bebas. |
Mama
ai Amina dan Adam!
No comments:
Post a Comment