Wednesday, April 9, 2014

Adam 3 Bulan



Adam dah berusia 3 bulan.

Berat Adam dah 7 kg. Mama bawa Adam untuk dapatkan imunisasi di klinik swasta sebab malas dan tiada masa untuk menunggu di klinik kerajaan. 

Kosnya RM150!

Tak apalah, apa saja untuk anak Mama.

Sekarang Adam selalu tidur daripada pukul 7 malam sehingga pukul 1 atau 2 pagi. Selepas bangun minum susu, Adam tidur lagi sehingga pukul 5 atau 6 pagi. Ada jga Adam bangun jam 4 pagi.

Jadi, pada waktu malam Mama lega sikit sebab hanya perlu layan kerenah Amina seorang sahaja. 

Masalahnya, Adam agak banyak menangis waktu siang. Adam nak selalu didukung. Terutamanya semasa Mama ke sekolah. Kasihan Mak Yah yang jaga Adam.

Semoga Allah terus permudahkan urusan untuk menjaga dan membasarkan Adam menjadi insan terbaik!

Mama ai Adam Ann Wei Sheng!

No comments:

Post a Comment