Saturday, February 21, 2015

Selamat Tahun Baharu Cina!

Tahun ini, Adam menyambut Tahun Baharu Cina buat kali pertama.

Daddy dah belikan baju baharu untuk Amina dan Adam sambut tahun baharu.

Sambutan agak terasa sebab tahun ini kita diapit oleh jiran- jiran Cina. Mereka dah menghias rumah untuk sambutan tahun baharu. Adam tumpang seronok tengok pokok bunga di hadapan rumah Auntie Joe meriah dengan warna merah.

Amina dan Adam juga merasa dapat angpau. Mula- mula dari Auntie Joe, kemudian dari Kong kong (ayah Auntie Joe) yang seronok tengok Amina dan Adam pakai cheongsam dan samfu untuk pergi berjalan.

Hari ini, sempena cuti tahun baharu, Mama bawa Amina dan Adam berjalan- jalan ke Melaka, ke Muzium Lebah.

Mama ai ni men!


Tumpang berposing di depan pokok Auntie Joe
dengan angpau yang Kong kong beri



Sunday, February 8, 2015

Amina Al-Haafizah


Amina anak yang cintakan al-Quran.

Malam- malam, sebelum tidur, Amina akan mintakan Mama baca al-Quran untuk Amina. Hari itu, Amina cakap, "Mama, baca kufuwan ahad kat Amina."

Semalam, Amina masuk je bilik tidur, Amina terus baca "'A'thoina kal kauthar".

Mama pun bacakan Amina surah al- Fatihah, al- Ikhlas, al-Falaq, an-Naas dan al-Kauthar.

Surah al-Kauthar ialah surah yang Amina sedang pelajari sekarang.

Tapi Amina baru ingat satu ayat. Ayat yang kedua Amina lupa perkataan lirabbika. Semalam Amina tanya Mama, "Fasolli....apa Mama?"

Apabila Mama sambung lirabbika, Amina sambung pula, wan har.

Semalam, lepas habis surah al- Kauthar, Amina minta Mama baca Yasin pula. Mama pun bacakan satu dua ayat dan Amina sambung sikit- sikit perkataan yang Amina ingat. Antara perkataan yang Amina ingat ialah hakiim (Amina sebut hatiin) dan mursaliin

Amina minta Mama ulang- ulang baca Yasin sampai Mama minta Amina berhenti sebab Mama dan mengantuk sangat.

Ya Allah, jadikanlah anakku Amina Ann Hui Fen seorang penghafaz al-Quran!

Mama sayang Amina sangat- sangat! 

Thursday, February 5, 2015

Adam Semakin Nakal

Adam terkini

Adam Ann Wei Sheng sudah mencapai usia 13 bulan.

Sekarang, Adam sangat suka memanjat. Adam panjat naik ke atas kerusi, meja kopi,malah, meja makan.

Adam sangat bangga apabila berjaya memanjat. Adam akan berdiri di atas kerusi atau meja, siap menari- nari lagi. Apabila dilarang, lagilah Adam buat.

Adam tak serik walaupun baru saja jatuh.

Hmmm, boy is boy, Mamalah yang kena memahami Adam!

Muka Adam sekarang sentiasa ada kesan calar, benjol dan lebam di dahi.

Adam juga selalu usik kakak. Adam selalu rebut botol susu atau botol air kakak. Ada masanya, apabila kakak duduk dekat Mama, Adam jealous, tarik baju kakak dan tolak kakak supaya jauh daripada Mama.

Dalam usia 13 bulan juga, Adam dah pandai sebut Jaddah, Kakak, gigit, suap, sedap, uwa (flower), hak (hot) dan lain- lain.

Dalam lasak, Adam boy yang obses dengan bunga. Bangun pagi je, Adam sibu tunjuk "uwa" di cadar. Lepas tu, Adam tengok melalui tingkap dan tunjuk "uwa" yang Mama gantung pada awning di halaman rumah kita.

Mama sayang Adam!